foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 13, 2010

lagu indie dalam surau. versi tah ape2.


assalamualaikum...

[ sepanjang dah 3 hari kita puasa ni baru 2 kali aku pegi terawih. fest pegi masa malam yang baru nak stat puasa tu. peh, gile ramai orang. sampai ade yang semayang kat tempat aku parking selipar jamban. tak kire makcik, remaja mahupon budak2 hingusan pun nak jugak menyemakkan diri dalam surau tu. riuh rendah jadinya. sesampai je aku kat surau, aku masuk dengan kaki kanan. rasanya la.

ok, aku masuk tapi gile! memang takde ruang langsung walaupun untuk budak kecik yang ala-ala petite macam aku. muehehe. tapi m
embe aku cakap. [takpe, japgi bile dah rapatkan saf tu ade la ruang kot nak menyelit] aku plak [sekadar ok je]. azan isyak berkumandang.. jemaah mula sibuk berdiri rapatkan saf dan aku dengan sekelip mata zaaappppp!! menyelit diantara 2 orang makcik. heheh [sengih jahat]

semayang isyak dijalankan dengan sempurna. selepas selesai tetibe imam bersuara [.......] aku pun jawab [....... wassalammualaik] menandakan bermulanya solat terawih. semayang punya semayang.. sampai la rakaat ke 6 seingat aku tetibe dengar lagu.... [oh bulan.. kan menyinari diriku lagi.. pabila airmata membasahi mimpi.. bla2..] aku yang tengah khusyuk dgr imam bace surah pun terus jadi kompius. nak dengar lagu yuna ke nak dgr imam bace surah. haisshhh.!

yang tak tahan tu dari bace al-fatihah sampai la
tahiyat akhir tak abih2 lagi si yuna tu duk nyanyi. nak kata ringtone untuk call takkan sampai panjang camtu sekali. da siap bagi salam pe sume aku pon terpikir gak sape punye henset la yang sangat menggangu ke-kusyuk-kan aku tadi. rase nak nak baling2 je hanset die keluar. tapi yang heran orang kat sebelah aku ni kelam kabut selongkar handbag die. aku pon tersentap!. makk aihh makcik ni. muka je tua tapi dalam hati ade indie wooo!!! kuang asam... pasang alarm ke ape orang tua ni.

ok, tu kes petama. lepas je kejadian makcik indie tu. semayang la pulak rakaat ke bape tah. tibe2 dengar pulak budak nangis. alahai, nak semaya
ng pon perlu ke bawak anak2 kecik. kalau budak tu duk diam tepi dinding je takpe. ni 1 surau dengar kan dah menggangu. ngan mak2 die skali takleh nak semayang dok pujuk anak die yang da wat bising tu. huh sabau je le..

malam kedua kurang sket manusia kat surau tu. bese la kan. mula2 je gempak. da nak raya nant mula la kosong surau tu. bak kata imam [orang pempuan kan duk sibuk wat kuih raya!]

notakakitangan: simbol [...] menandakan aku tak reti nak eja

-muka tengah kaber tak pose.-
sekian...

buffered


assalamualaikum..

rasanya da ade la dalam tambah tolak 3 bulan aku tak online blog tak ade perasaan ni. visitor yang datang pon bape orang mane la sgt. 50 pon tak sampai kot. yela blog tak best la katekan. mana orang nak datang. huhu. walaopon visitor xramai tapi part yang paling aku suke tentang blog aku ni adelah nuffnang. even i am not online for a few months but i still got the buffered earning and still on gletterati status. omaigod! that is why i love nuffnang and never ever betrayed!. muah3!! thanx to nuffnang :)

korang tak caye??
masih segar dari ladang


p/s: ini bukan entri takbur lagi bongkak. tapi nak ckp yang nuffnang ni sangat baik hati :)

babai kengkawan :P

Tuesday, August 10, 2010

selamat menyambut ramadan almubarak

selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua yang melawat blog ini. semoga ramadhan kali ini membawa lebih keinsafan dan keberkatan kepada kita sebagai hamba Allah yang lemah ini.

p/s: puasa jangan malas-malas tau. jangan puasa yangyok pagi-pagi bukak periuk. heh.

Friday, August 6, 2010

sakit Atiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, August 1, 2010

di tengah malam ni aku teringatkan si dia


aku ingin bertanya kan kepada beliau..

" bile nak balik Melaka??"

Saturday, July 31, 2010

xde title.

sangat malas nak ber blogging sejak akhir-akhir ini.. tatau la nape. maybe sebab laptop aku kene hantar kedai n terpaksa pinjam laptop orang dan curik wireless orang. * owh rase bersalahnye aku*

akunye nuffnang pun tak berganjak sejak 3 bulan yang lalu. tapi duit nuffnang RM200++ aku dah dapat dan dah check in pon.* hip hip hoooreyy :)* nk blogwalking pon terase malas je. ini kan pula untuk maen klik2. tapi kat sesape yang klik tu, tenkiuk tau. kalo de iklan aku klik korangnye lak ok! kowang memang best!!. nanti-nanti la menaip pulak kat sini. otak tetibe blank n blur. huh!

Thursday, July 29, 2010

22 ciri org yg mencintai kamu


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…