
foll0werzz..
Thursday, December 31, 2009
Makhluk Asing

Tuesday, December 29, 2009
tahun baru
ape ek azam thun baru aku tahun 2010 ni.
Sunday, December 6, 2009
alahai era..nak kondem byk ni,
Aku kat rumah ni xde mende nak buat. Keje aku tiap2 ari ngadap laptop, ngadap tv, mkn, tido dan dengar radio. Haa.. sebut psl radio ni, kat kampung aku ni ssh nak dapat siaran radio. Hot fm mmg susah nak dpt. Xtau la kan kot2 hset aku ni xle nak detect signal hot fm. Byk siaran thailand je aku dpt.wakaka. tpi era.fm mmg dapat. Syabas2 aku ucapkan. Sedap la jgk telinga mendengar. Telinga aku pon tiap masa sumbat ngan earfon. Aku sebenarnya da lame xlayan radio. Yelakan xde mase nak dgr. Bz manjang. Maklumla, aku kan setiausaha Najib. Ok mls nak merepek panjang2.. sbnrnya nak ckp psl ketidak sukaan aku dgn radio era ni. Kepada sesape yang bace entri ni yang ada sangkut paut ngan radio era ni aku mintak maap byk2 la. Aku sebagai pendengar nak kondem sket la...em..mcm byk je nak komen. Huhu. K la.. aku smlm dgr radio dlm pkul 2++ pagi. Tgh layan lagu toyol kua la pulak lagu mila. Aku ni da naek loya dgr lagu dorg. Wakakaa. Xminat ah mila. Ssh telinga aku nak terima lagu kau. Xtau kenapa. Lagu kau yang Jika Kau Ubah Fikiran tu adik aku minat gile. Aku rase nak tampar2 je muka adik aku tu. Ntah celah mane yang sedap tah. Haaisshh sabar2. adehh tersasar jauh lak. Kita sambung, pas dgr lagu2 tu tiba2 aikk next song, lagu toyol n mila tu balik. Ape ke he nye yop. Slh setting gamaknye. Aku pon trus xde mood nak dgr. Tido lagi bgus dr aku muntah ijau gak kat situ. Ok. Tu baru first, second, segmen din beramboi ngn pak nil tu. Pak Nil tu ok je, yang si Din uh cam melampau skit la lawak die. Kdg2 xlawak pon. Tp mengutuk je lebeh. Kalo aku la kene mest aku terase smpai ke tulang. Melawak2 jgk pakcik. Tapi agak2 la kan. Kalo org leh tahan ok la. Kalo cam aku ni jiwa kuntum beb. Mane tahan. Huhu. Ok, habis yang second.. third plak, asal la stesen radio nih suka ulang tayang lagu sama je tiap2 hari. Contoh lagu Pemain cinta- Adaband. Dalam sehari adela dlm 10 kali aku dgr. Naik cemuihhh haihhh. Mcm da xdo lagu laen ekau nak putar heh. Naek bebulu aku dgr. Lagi satu lagu adam n stacy tu. Meletup la sgt. Aku dgr intro je trus aku cmpak jauh2 hset aku. Wakaka. Cube la pelbagaikan lagu2..baru la para pendengar tak tukar siaran. Putarkn la lebih skit lagu inggeris. Lagu nasyid ke.. Ni tak lagu indon je byk bile nak maju. Katakan tidak pada pemuda lombok!! Lagi satu, iklan kua byk sgt dr lagu. Siap aku leh g maen teng teng lagi sementara tunggu iklan habis. Hadoiii.. penat gak membebel ni.. dgr IKIM fm la plak pasni. Huhu.. assalamualaikum..
Saturday, December 5, 2009
hoho
Tuesday, December 1, 2009
Thursday, November 26, 2009
entri raya
Monday, November 23, 2009
aku,mimpi dan Tuah
Pagi tadi lepas semayang subuh..aku tido balik sb keadaan yang dingin menyebabkan tarikan bantal, katil dan selimut lebih kuat menggoda aku utk tido. Dalam beberapa jam aku bermimpi. Ya aku bermimpi tentang seorang budak bernama Tuah. Tuah baru berusia lingkungan 4 thun. Sgt comel budaknya dan sgt petah berkata2. aku tak tahu ape hubungan aku ngan Tuah tu tapi yang pasti hubungan kami sgt rapat. Yang pasti Tuah merupakan anak yatim piatu. Aku xpasti mcmane kematian kedua ibu bapanya tapi yang pasti die adalah yatim piatu dan sebatang kera. Mungkin aku membelanya. Entah, aku tidak ingat. Pada suatu hari kami pergi ke pantai. Kami dan beberapa lagi. Masa tu hujan renyai. Kami bermain dengan girangnya. Tuah mase tu sgt gembira bermain air. Ade kebahagiaan dalam diri aku tatkala melihat die bergelak ketawa sambil bermain air. Aku perhatikan dari jauh smbil aku tersenyum seorang diri. Aku dah anggap Tuah mcm anak aku sendiri. Sedang leka melihat keletahnya tibe2 datanglah ribut taufan menyebabkan laut sgt bergelora. Ombak yang menghempas gigi pantai sgt la besar dan kuat. Mcm tsunami mungkin tapi keadaan masih lagi terkawal. Aku menjadi kelam kabut. Fikiran aku mase tu hanyalah Tuah yang seronok bermain. Aku dengan kuatnya melaungkan kepada Tuah supaya naek ke tempat selamat memandangkan ombak tersebut mungkin boleh menelannya ke tengah laut. Oh, aku sungguh risau. Sambil aku melaung2kan tuah kelihatan seperti tidak berganjak sedangkan orang2 yang die sekitar itu sudah bertempiaran lari. Aku dengan tidak teragak2 berlari mendapatkan Tuah. Aku hendak merangkulnya tapi die menolak. Die kata masa nya sudah tiba. Die ingin pergi kepada kedua ibu bapanya. Aku tidak mempedulikan kata2nya. Yang aku fikir masa tu hanyalah utk menyelamatkannya. Mana mungkin budak sementah itu boleh berkata sedemikian. Die beralah. Aku merangkulnya pergi ke tebing yang tinggi sedikit. Keadaan yang cemas bertukar selamat. Kami berlindung di bawah pondok. Aku lega. Tapi Tuah kelihatan memandang tajam kearah laut. Die tidak menangis. Juga tidak ketawa. Anak matanya tepat memandang laut. Aku perasaan tapi aku biarkan. Dengan kuasa Tuhan tiba2 aku tidak perasan Tuah hilang dari genggaman aku. Die sudah pergi ke gigi pantai. Dan pada masa tu aku sudah tak boleh buat ape2. ombak perlahan2 membahamnya. Dan ia pergi dari penglihatan aku.. aku kelihatan sgt sedey tapi aku pasrah dengan ketentuan-Nya. Tuah semacam tahu ajalnya sudah tiba. Dan bila ajal telah menjemput, apa2 pun xboleh menghalangnya kerana Allah tidak akan melambatkan atau mempercepatkan ajal seseorang itu walaupun hanya sesaat... tapi aku tidak tahu kenape aku bermimpi mcm tu.. tak tau kalau2 ada maksud tersirat ataupun ia sekadar mainan tidur...... wassalam

