foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 28, 2010

bbQ di pantai puteri

minah rempit tipu-tipu

ala-ala kena ragut

konon samseng kampung pisang nak belasah mangsa ragut tadik.

sebahagian daripada menu..

terasa lapar lak tgk menu ni time2 pose.
snap snap

kawan aku tu da mcm encik crab dah aku tgk gaya die.

sengal2 belaka takde yang terkecuali

ni la aweks2 rumah sewa rumah no 19.
time ni nak balik da.. bubye.. :)


p/s: benda putih2 bulaat2 tu ape? huu serammmmm...

Thursday, August 26, 2010

aku dan stesen minyak

salam..

aku sebenarnya rindu dengan kampung halaman. lagi 2 minggu nak balik. dulu masa cuti sem, aku buat part time. aku keje kat stesen minyak. hoho gile best. nak tau? boss gile baik. cuba korg bayangkan. masuk keje 2.45 ptg tapi aku smpai kul 3 rilek2 gitu je. tu pon jalan terkedek2. masuk je keje, sebat jeruk mangga berjemaah makan beramai2 kat lua. customer tgk pelik je. pegi keje pon selamba je bantai selipar jepun. tapi bos senyum jer. layankan je anak2 buah yang biol2 belaka. dulu, before masuk keje, die suruh training 2 hari. picit2 komputer tu. mula2 pening kekok sume de. macam katak baru kluar dari bawah tempurung. jakun!. lama2 dalam 2 minggu lepas tu, aku da reti nak tekan2 benda tu sampai kaunter tu aku yang punya.. muahaha. keje situ syok, kenal dengan macam2 ragam manusia. ada baik, ada jahat mcam haramjadah pon ada. ada buat keje halal. ada buat keje haram. kat customer yang nak beli minyak untuk seludup pun aku sebat. aku bukan bos memandai taknak jual untuk kaki seludup. tapi depa ni baik. suka belanja geng2 aku. taktau la kan belanja tu ada makna. kalo aku cakap arini bos tak kasi jual untuk seludup, dorg diamkan je. takde nak marah2 hentak2 kaki bagai. bulan pertama gaji dapat ciput je. tak sampai 400. padahal keje 8 jam/hari. keje tak penah cuti. yela, ko penah dengar stesen minyak tutup sebab cuti sekolah? tapi aku rasa seronok. ari2 bapak aku anta, makan pun xyah wat kua duit sendiri. buat keje dalam ekon. nak air rembat je dalam peti ais. nak makan, order je kedai kat tepi. dapat membe2 keje pon 1 kepala. sume ppuan jela. tapi kalo shift pagi tu mak aihh, siap beromen dalam stor lagi. sebab tu kitorg tak ngam.

ada sorg polis. nak tebus minyak pakai kad. tapi duit dapat kat dia. contoh, kalo ko nak beli minyak dalam 300 pakai kad topup. bila da setel, nant dia akan kuakan resit. resit tu, dia bagi kat boss sebagai bukti pembelian, tapi sebenarnya dia xisi pon minyak tu. duit 300 tu dapat la kat dia free camtu je. paling koman pon dia upah kita dalam singgit dua je sebab dah tlg dia. gile! ada jgk polis cmtu. polis tipu polis. muahaha. tapi nak wat camane, dorg pon manusia macam kita. yang belagak pon ada, kalo ada sesape yang potong barisan, mau kene marah kat situ jgk sampai bising satu stesen. tau la polis tapi cakap jela leklok. tak ke malu dah orang tu kene sound. kata budi bahasa budaya kita. mane pegi?

tapi part yang paling best keje situ mest la.. uitt rahsia. nant ibu pejabat stesen minyak tu carik aku. haha.

p/s: keje kat situ aku dapat jumpa eri putra. oh, beliau sangat hensem (=.=')v

gua dan cirit

semalam gua singgah farmasi beli ubat pelawas. gua taktau kenape semenjak puasa gua jarang guna mangkuk jamban. maybe sistem percernaan gua kurang berfungsi. gua beli ubat kaler kunin sepapan rm4. satu papan ada 20 bijik. gua cakap kat akak farmasi tu gua nak beli sikit saja. dia cakap tak boleh. gua kene beli sepapan jugak. gua terpaksa beli sepapan tapi gua kongsi dengan membe gua. akak tu cakap, kalo gua makan ubat ni 2 bijik sekali makan, gua akan masuk tandas sejam selepas tu. kalo perut paling liat pun 5 jam selepas tu. ok, malam tu gua try lepas bukak puasa. gua tunggu. sejam sudah berlalu. tapi perut gua masih takde suruh gua pegi tandas. gua masih lagi tunggu. gua frust. takde ura-ura pun najis tu akan keluar. gua bosan. gua tgk cite korea sampai gua tertido. tadi pagi gua bangun pukul 8. perut gua memulas. gua carik toilet. gua berasmaradana dengan mangkuk jamban. gua lega. sejam lepas tu gua sakit perut lagi. gua punye kelas pukul 11 pagi. gua resah. gua dalam ati. cis!! apesal ubat tu dekat perut gua lambat bertindak. gua geram sebab gua taknak cirit dalam kelas. gua menyesal sebab gua terlalu percaya kata2 akak farmasi.


tengahari tadi pulak gua ajak kawan gua pegi setelkan pasal kad bank. gua punye kad da kene block. gua da dekat 3 minggu tak buat kua duit. hebat kan gua? gua pegi kaunter hadapan tanya tentang masalah gua. dia suruh gua pegi selamba kodok terus ke kaunter 1 tanpa suruh ambik nombor giliran. gua ketika tu rasa macam gua VVIP. semua orang tengok. maybe diorang jeles dengan gua. haha. dorang suh gua buat kua I/C gua, yela takkan no I/c nenek gua plak dengan kad bank. gua tggu dia proses. sambil2 tu gua tgk sekeliling. gua terpandang hamper besar cabutan bertuah. barangsiapa tulis nama dekat kad tu akan dipilih untuk menang cabutan bertuah. dekat kad ada nama, perkerjaan dengan no telefon. gua rasa nak marah. apa, student macam gua tak layak ke sertai cabutan bertuah? da setel pasal kad, dia suruh gua pegi test kad gua bole guna ke tak. gua beratur. depan gua ada sepasang suami isteri warga emas. da sampai turn dia, dia kata mesin tu out of service. gua rasa nak terbahak2 kat situ juga. lu nak tau kenapa? sebab dia cucuk kad tu tak abis. kira macam kad tu tak ditarik masuk kedalam la. lu orang paham2 la sendiri. gua tgk je. gua taktau nape gua malas nak tolong. maybe sebab gua puasa! maafkan gua pakcik makcik. gua da kata, gua memang jahat.

Wednesday, August 25, 2010

aku dan fesbuk


salam..


ada ke remaja2 yang kat ats bumi zaman sekarang takde fesbuk? ade kot. gua la tu. gua memang tak berapa suka dengan segala mak nenek laman2 sosial camni. dari friendster sampai la ke terlatest, fesbuk. gua pun tatau nape gua tak suka nak ada akaun fesbuk. gua cuma ada myspace je. tu pon gua da lama tak bukak. gua memang malas nak bersosial kat alam maya. ahakss.. looser ke orang yang takde fesbuk ni? kuno ke gua ni. sampai dak kelas gua ckp kat gua. wey, lu sorang je yang xde fesbuk kat kelas kita. bile lu mau buat? oh tidak. gua sesekali tak akan wujudkan akaun fesbuk. bukan gua taknak in touch ngan membe2 tapi tah la. gua malas dan rasa tak perlu. gua nak idup ngan dunia gua. taknak fikiran gua dipengaruhi dengan benda2 yang gua rasa gua boleh hidup tanpa benda2 tu sume. lagipun gua tgk rata-rata membe gua, bukak pc je tgk fesbuk, bukak fesbuk je hapdet status. komen2 orang. gua rasa nak gelak. muahaha. makan fesbuk, tido fesbuk, makan fesbuk. takpela. asalkan dorg bahagia dengan fesbuknya. tak mcm gua, bukak pc je tgk kosmo. tak ke ilmiah namanya tu. heh. abg gua pun salu minta alamat emel gua sebab beliau nak tgk fesbuk gua. membe gua plak tanya, "wey bak emel aku nak add fesbuk ko". gua jawab " gua takde fesbuk, lu jgn banyak tanya". tanya mcm semua orang ade fesbuk. tension gua. dalam rumah sewa gua pon, gua sorang terkebil2 tgk orang main fesbuk dan berniat jahat untuk menghasut gua buat akaun fesbuk. haha. tapi gua rasa iman gua masih kuat macam kene gam dengan gam uhu.

lepas ni jgn ty gua bile gua nak buat fesbuk. nant fesbuk akan jdi mcm friendster. padan muka Mark Zuckerberg. gua mmg jahat. haha.

layan blog lagi masyukkkk

Sunday, August 22, 2010

expedisi hiking ke gunung panti-arong (Johor)



assalamualaikum..
korang penah hiking tak? ataupun korang mmg hardcore punye hiker? heheh. actually aritu aku pegi ikut xpdc ke gunung panti dekat kota tinggi dan gunung arong kat mersing. ke aku terbalik. ahh lantak kau la labu. gunung ni takdela tinggi sangat pun. tak sampai 1000m xsalah aku. tapi penat la jugak nak mendaki bagi aku yang jarang gile naik gunung. malas nak cite banyak3. jom cekidaut pemandangan gunung2 tersebut.



dari atas gunung panti. nampak mcm bentuk love tapi sekerat.muehehe!
lagi..


setelah turun dari gunung panti, kene melalui pantai yang ada batu2 besar. disepanjang pantai huiyyoo best gile.

psss... orang kata gunung panti ni berpenungguuu... larikkkkk

hari kedua ke gunung panti



dari ats gunung panti. tak lawa sangat pun views die tapi best sebab ade rock climbing.

ni saja gamba yang boleh di tunjuk sebab saiz gamba kamera penulis bersaiz besar. so, penulis tak dapat nak upload. blogspot tak kasi! penulis sangat frust. hampehh.

sekian..




Tuesday, August 17, 2010

wook oh wook


assalamuaalaikum..

hari ni pegi pusat siber ingatkan nak cari bahan untuk wat esaimen. gile belambak esaimen tak siap lagi. well, bile da dapat tenet depan mata, perkara petama aku buat bukak blog and then bukak paper. bukak la kosmo online! terpandang la satu kisah pasal wook dan suami 'mithali' die tu. tak kenal wook tu sape?? ala.. yang dulu penah gemparkan malaysia yang isu perkahwinan mustahil die tu. yela.. makcik tu da umo 108 tahun. si suami tu dalam 30++ kot. bukan ape. kesian sangat tgk wook tu.. sepatutnya bile da kawen ngan lelaki muda, diharapkan si lelaki tu dapat jaga makan minum, bagi nafkah yang sepatutnya ni tak alih2
wook tu jugak habiskan duit simpanan untuk jamin suami die.bukan sikit.. rm2000 tu.. sanggup pegi balai jamin suami semata2 taknak tgk suami die kene duk lokap untuk kali kedua. kes petama kene tahan sebab dadah. suami tu da janji taknak buat lagi. tapi kalo da ditahan untuk kali kedua tu tak rase ke yang si suami tu juz nak mempermainkan si wook tu dan tak pikirkan perasaan wook. aku xpuas hati betol la. sanggup buat camtu kat golongan yang lemah daya upaya cm wook tu. tah ape la lagi suami die tu buat kat wook pasni. tak sanggup rasa bace paper bile ade lagi cerita pasal wook ngan suami die yang suka wat hal tu. ni la manusia bila dah sayang seseorang. sanggup buat apa saja asalkan dapat bersama ngan orang tu. dan manusia bile da terlibat ngan dadah memang susah nak hilangkan ketagihan tu.

semoga wook dapat hidup bahagia lepas ni... aminnn.

Friday, August 13, 2010

lagu indie dalam surau. versi tah ape2.


assalamualaikum...

[ sepanjang dah 3 hari kita puasa ni baru 2 kali aku pegi terawih. fest pegi masa malam yang baru nak stat puasa tu. peh, gile ramai orang. sampai ade yang semayang kat tempat aku parking selipar jamban. tak kire makcik, remaja mahupon budak2 hingusan pun nak jugak menyemakkan diri dalam surau tu. riuh rendah jadinya. sesampai je aku kat surau, aku masuk dengan kaki kanan. rasanya la.

ok, aku masuk tapi gile! memang takde ruang langsung walaupun untuk budak kecik yang ala-ala petite macam aku. muehehe. tapi m
embe aku cakap. [takpe, japgi bile dah rapatkan saf tu ade la ruang kot nak menyelit] aku plak [sekadar ok je]. azan isyak berkumandang.. jemaah mula sibuk berdiri rapatkan saf dan aku dengan sekelip mata zaaappppp!! menyelit diantara 2 orang makcik. heheh [sengih jahat]

semayang isyak dijalankan dengan sempurna. selepas selesai tetibe imam bersuara [.......] aku pun jawab [....... wassalammualaik] menandakan bermulanya solat terawih. semayang punya semayang.. sampai la rakaat ke 6 seingat aku tetibe dengar lagu.... [oh bulan.. kan menyinari diriku lagi.. pabila airmata membasahi mimpi.. bla2..] aku yang tengah khusyuk dgr imam bace surah pun terus jadi kompius. nak dengar lagu yuna ke nak dgr imam bace surah. haisshhh.!

yang tak tahan tu dari bace al-fatihah sampai la
tahiyat akhir tak abih2 lagi si yuna tu duk nyanyi. nak kata ringtone untuk call takkan sampai panjang camtu sekali. da siap bagi salam pe sume aku pon terpikir gak sape punye henset la yang sangat menggangu ke-kusyuk-kan aku tadi. rase nak nak baling2 je hanset die keluar. tapi yang heran orang kat sebelah aku ni kelam kabut selongkar handbag die. aku pon tersentap!. makk aihh makcik ni. muka je tua tapi dalam hati ade indie wooo!!! kuang asam... pasang alarm ke ape orang tua ni.

ok, tu kes petama. lepas je kejadian makcik indie tu. semayang la pulak rakaat ke bape tah. tibe2 dengar pulak budak nangis. alahai, nak semaya
ng pon perlu ke bawak anak2 kecik. kalau budak tu duk diam tepi dinding je takpe. ni 1 surau dengar kan dah menggangu. ngan mak2 die skali takleh nak semayang dok pujuk anak die yang da wat bising tu. huh sabau je le..

malam kedua kurang sket manusia kat surau tu. bese la kan. mula2 je gempak. da nak raya nant mula la kosong surau tu. bak kata imam [orang pempuan kan duk sibuk wat kuih raya!]

notakakitangan: simbol [...] menandakan aku tak reti nak eja

-muka tengah kaber tak pose.-
sekian...

buffered


assalamualaikum..

rasanya da ade la dalam tambah tolak 3 bulan aku tak online blog tak ade perasaan ni. visitor yang datang pon bape orang mane la sgt. 50 pon tak sampai kot. yela blog tak best la katekan. mana orang nak datang. huhu. walaopon visitor xramai tapi part yang paling aku suke tentang blog aku ni adelah nuffnang. even i am not online for a few months but i still got the buffered earning and still on gletterati status. omaigod! that is why i love nuffnang and never ever betrayed!. muah3!! thanx to nuffnang :)

korang tak caye??
masih segar dari ladang


p/s: ini bukan entri takbur lagi bongkak. tapi nak ckp yang nuffnang ni sangat baik hati :)

babai kengkawan :P

Tuesday, August 10, 2010

selamat menyambut ramadan almubarak

selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua yang melawat blog ini. semoga ramadhan kali ini membawa lebih keinsafan dan keberkatan kepada kita sebagai hamba Allah yang lemah ini.

p/s: puasa jangan malas-malas tau. jangan puasa yangyok pagi-pagi bukak periuk. heh.

Friday, August 6, 2010

sakit Atiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, August 1, 2010

di tengah malam ni aku teringatkan si dia


aku ingin bertanya kan kepada beliau..

" bile nak balik Melaka??"