semalam gua singgah farmasi beli ubat pelawas. gua taktau kenape semenjak puasa gua jarang guna mangkuk jamban. maybe sistem percernaan gua kurang berfungsi. gua beli ubat kaler kunin sepapan rm4. satu papan ada 20 bijik. gua cakap kat akak farmasi tu gua nak beli sikit saja. dia cakap tak boleh. gua kene beli sepapan jugak. gua terpaksa beli sepapan tapi gua kongsi dengan membe gua. akak tu cakap, kalo gua makan ubat ni 2 bijik sekali makan, gua akan masuk tandas sejam selepas tu. kalo perut paling liat pun 5 jam selepas tu. ok, malam tu gua try lepas bukak puasa. gua tunggu. sejam sudah berlalu. tapi perut gua masih takde suruh gua pegi tandas. gua masih lagi tunggu. gua frust. takde ura-ura pun najis tu akan keluar. gua bosan. gua tgk cite korea sampai gua tertido. tadi pagi gua bangun pukul 8. perut gua memulas. gua carik toilet. gua berasmaradana dengan mangkuk jamban. gua lega. sejam lepas tu gua sakit perut lagi. gua punye kelas pukul 11 pagi. gua resah. gua dalam ati. cis!! apesal ubat tu dekat perut gua lambat bertindak. gua geram sebab gua taknak cirit dalam kelas. gua menyesal sebab gua terlalu percaya kata2 akak farmasi.
tengahari tadi pulak gua ajak kawan gua pegi setelkan pasal kad bank. gua punye kad da kene block. gua da dekat 3 minggu tak buat kua duit. hebat kan gua? gua pegi kaunter hadapan tanya tentang masalah gua. dia suruh gua pegi selamba kodok terus ke kaunter 1 tanpa suruh ambik nombor giliran. gua ketika tu rasa macam gua VVIP. semua orang tengok. maybe diorang jeles dengan gua. haha. dorang suh gua buat kua I/C gua, yela takkan no I/c nenek gua plak dengan kad bank. gua tggu dia proses. sambil2 tu gua tgk sekeliling. gua terpandang hamper besar cabutan bertuah. barangsiapa tulis nama dekat kad tu akan dipilih untuk menang cabutan bertuah. dekat kad ada nama, perkerjaan dengan no telefon. gua rasa nak marah. apa, student macam gua tak layak ke sertai cabutan bertuah? da setel pasal kad, dia suruh gua pegi test kad gua bole guna ke tak. gua beratur. depan gua ada sepasang suami isteri warga emas. da sampai turn dia, dia kata mesin tu out of service. gua rasa nak terbahak2 kat situ juga. lu nak tau kenapa? sebab dia cucuk kad tu tak abis. kira macam kad tu tak ditarik masuk kedalam la. lu orang paham2 la sendiri. gua tgk je. gua taktau nape gua malas nak tolong. maybe sebab gua puasa! maafkan gua pakcik makcik. gua da kata, gua memang jahat.
0 ekor semut:
Post a Comment