foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 13, 2010

lagu indie dalam surau. versi tah ape2.


assalamualaikum...

[ sepanjang dah 3 hari kita puasa ni baru 2 kali aku pegi terawih. fest pegi masa malam yang baru nak stat puasa tu. peh, gile ramai orang. sampai ade yang semayang kat tempat aku parking selipar jamban. tak kire makcik, remaja mahupon budak2 hingusan pun nak jugak menyemakkan diri dalam surau tu. riuh rendah jadinya. sesampai je aku kat surau, aku masuk dengan kaki kanan. rasanya la.

ok, aku masuk tapi gile! memang takde ruang langsung walaupun untuk budak kecik yang ala-ala petite macam aku. muehehe. tapi m
embe aku cakap. [takpe, japgi bile dah rapatkan saf tu ade la ruang kot nak menyelit] aku plak [sekadar ok je]. azan isyak berkumandang.. jemaah mula sibuk berdiri rapatkan saf dan aku dengan sekelip mata zaaappppp!! menyelit diantara 2 orang makcik. heheh [sengih jahat]

semayang isyak dijalankan dengan sempurna. selepas selesai tetibe imam bersuara [.......] aku pun jawab [....... wassalammualaik] menandakan bermulanya solat terawih. semayang punya semayang.. sampai la rakaat ke 6 seingat aku tetibe dengar lagu.... [oh bulan.. kan menyinari diriku lagi.. pabila airmata membasahi mimpi.. bla2..] aku yang tengah khusyuk dgr imam bace surah pun terus jadi kompius. nak dengar lagu yuna ke nak dgr imam bace surah. haisshhh.!

yang tak tahan tu dari bace al-fatihah sampai la
tahiyat akhir tak abih2 lagi si yuna tu duk nyanyi. nak kata ringtone untuk call takkan sampai panjang camtu sekali. da siap bagi salam pe sume aku pon terpikir gak sape punye henset la yang sangat menggangu ke-kusyuk-kan aku tadi. rase nak nak baling2 je hanset die keluar. tapi yang heran orang kat sebelah aku ni kelam kabut selongkar handbag die. aku pon tersentap!. makk aihh makcik ni. muka je tua tapi dalam hati ade indie wooo!!! kuang asam... pasang alarm ke ape orang tua ni.

ok, tu kes petama. lepas je kejadian makcik indie tu. semayang la pulak rakaat ke bape tah. tibe2 dengar pulak budak nangis. alahai, nak semaya
ng pon perlu ke bawak anak2 kecik. kalau budak tu duk diam tepi dinding je takpe. ni 1 surau dengar kan dah menggangu. ngan mak2 die skali takleh nak semayang dok pujuk anak die yang da wat bising tu. huh sabau je le..

malam kedua kurang sket manusia kat surau tu. bese la kan. mula2 je gempak. da nak raya nant mula la kosong surau tu. bak kata imam [orang pempuan kan duk sibuk wat kuih raya!]

notakakitangan: simbol [...] menandakan aku tak reti nak eja

-muka tengah kaber tak pose.-
sekian...

7 ekor semut:

zety said...

best kan kalau zaman sekolah dulu pegi tarawikh,tapi kalau tarawikh ,sekali imam baca surah panjang menjela pastu buat 21 rakaat jenuh kaki nak tahan event umur baru cecah 21 hehe..

Muhammad Safie said...

haha..ko gi surau mane ni..

.::tAk AdE pErAsaaN::. said...

zety: haha.. tau xpe. rasanya xpenah g kot cecah 21 rakaat.

safie: surau taman tasik tu r..

usop said...

nak menunaikan ibadah itu memang banyak ujian, jadi anggap ler itu sebagai ujian yg kecil, sebab untuk berbuat baik itu memang payah, tapi ingatlah banyak pahalanya

.::tAk AdE pErAsaaN::. said...

usop: betul tu. dugaan ade kt mane2 je.

tukang cerita said...

huhu...
nk komen gak.. 21 rakaat? :P
btw, dasat aa makcik tu...

p/s : pernah bace note kt masjid2 "TIADA PANGGILAN SEPENTING PANGGILAN ILAHI"renung2kan dan selamat beramal.. :)

aSmiDar said...

Biasa minggu 1st je ramai..
dekat2 nak raya xde dah..