foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 26, 2010

aku dan stesen minyak

salam..

aku sebenarnya rindu dengan kampung halaman. lagi 2 minggu nak balik. dulu masa cuti sem, aku buat part time. aku keje kat stesen minyak. hoho gile best. nak tau? boss gile baik. cuba korg bayangkan. masuk keje 2.45 ptg tapi aku smpai kul 3 rilek2 gitu je. tu pon jalan terkedek2. masuk je keje, sebat jeruk mangga berjemaah makan beramai2 kat lua. customer tgk pelik je. pegi keje pon selamba je bantai selipar jepun. tapi bos senyum jer. layankan je anak2 buah yang biol2 belaka. dulu, before masuk keje, die suruh training 2 hari. picit2 komputer tu. mula2 pening kekok sume de. macam katak baru kluar dari bawah tempurung. jakun!. lama2 dalam 2 minggu lepas tu, aku da reti nak tekan2 benda tu sampai kaunter tu aku yang punya.. muahaha. keje situ syok, kenal dengan macam2 ragam manusia. ada baik, ada jahat mcam haramjadah pon ada. ada buat keje halal. ada buat keje haram. kat customer yang nak beli minyak untuk seludup pun aku sebat. aku bukan bos memandai taknak jual untuk kaki seludup. tapi depa ni baik. suka belanja geng2 aku. taktau la kan belanja tu ada makna. kalo aku cakap arini bos tak kasi jual untuk seludup, dorg diamkan je. takde nak marah2 hentak2 kaki bagai. bulan pertama gaji dapat ciput je. tak sampai 400. padahal keje 8 jam/hari. keje tak penah cuti. yela, ko penah dengar stesen minyak tutup sebab cuti sekolah? tapi aku rasa seronok. ari2 bapak aku anta, makan pun xyah wat kua duit sendiri. buat keje dalam ekon. nak air rembat je dalam peti ais. nak makan, order je kedai kat tepi. dapat membe2 keje pon 1 kepala. sume ppuan jela. tapi kalo shift pagi tu mak aihh, siap beromen dalam stor lagi. sebab tu kitorg tak ngam.

ada sorg polis. nak tebus minyak pakai kad. tapi duit dapat kat dia. contoh, kalo ko nak beli minyak dalam 300 pakai kad topup. bila da setel, nant dia akan kuakan resit. resit tu, dia bagi kat boss sebagai bukti pembelian, tapi sebenarnya dia xisi pon minyak tu. duit 300 tu dapat la kat dia free camtu je. paling koman pon dia upah kita dalam singgit dua je sebab dah tlg dia. gile! ada jgk polis cmtu. polis tipu polis. muahaha. tapi nak wat camane, dorg pon manusia macam kita. yang belagak pon ada, kalo ada sesape yang potong barisan, mau kene marah kat situ jgk sampai bising satu stesen. tau la polis tapi cakap jela leklok. tak ke malu dah orang tu kene sound. kata budi bahasa budaya kita. mane pegi?

tapi part yang paling best keje situ mest la.. uitt rahsia. nant ibu pejabat stesen minyak tu carik aku. haha.

p/s: keje kat situ aku dapat jumpa eri putra. oh, beliau sangat hensem (=.=')v

1 ekor semut:

Anonymous said...

Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.