foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 23, 2009

aku,mimpi dan Tuah

Pagi tadi lepas semayang subuh..aku tido balik sb keadaan yang dingin menyebabkan tarikan bantal, katil dan selimut lebih kuat menggoda aku utk tido. Dalam beberapa jam aku bermimpi. Ya aku bermimpi tentang seorang budak bernama Tuah. Tuah baru berusia lingkungan 4 thun. Sgt comel budaknya dan sgt petah berkata2. aku tak tahu ape hubungan aku ngan Tuah tu tapi yang pasti hubungan kami sgt rapat. Yang pasti Tuah merupakan anak yatim piatu. Aku xpasti mcmane kematian kedua ibu bapanya tapi yang pasti die adalah yatim piatu dan sebatang kera. Mungkin aku membelanya. Entah, aku tidak ingat. Pada suatu hari kami pergi ke pantai. Kami dan beberapa lagi. Masa tu hujan renyai. Kami bermain dengan girangnya. Tuah mase tu sgt gembira bermain air. Ade kebahagiaan dalam diri aku tatkala melihat die bergelak ketawa sambil bermain air. Aku perhatikan dari jauh smbil aku tersenyum seorang diri. Aku dah anggap Tuah mcm anak aku sendiri. Sedang leka melihat keletahnya tibe2 datanglah ribut taufan menyebabkan laut sgt bergelora. Ombak yang menghempas gigi pantai sgt la besar dan kuat. Mcm tsunami mungkin tapi keadaan masih lagi terkawal. Aku menjadi kelam kabut. Fikiran aku mase tu hanyalah Tuah yang seronok bermain. Aku dengan kuatnya melaungkan kepada Tuah supaya naek ke tempat selamat memandangkan ombak tersebut mungkin boleh menelannya ke tengah laut. Oh, aku sungguh risau. Sambil aku melaung2kan tuah kelihatan seperti tidak berganjak sedangkan orang2 yang die sekitar itu sudah bertempiaran lari. Aku dengan tidak teragak2 berlari mendapatkan Tuah. Aku hendak merangkulnya tapi die menolak. Die kata masa nya sudah tiba. Die ingin pergi kepada kedua ibu bapanya. Aku tidak mempedulikan kata2nya. Yang aku fikir masa tu hanyalah utk menyelamatkannya. Mana mungkin budak sementah itu boleh berkata sedemikian. Die beralah. Aku merangkulnya pergi ke tebing yang tinggi sedikit. Keadaan yang cemas bertukar selamat. Kami berlindung di bawah pondok. Aku lega. Tapi Tuah kelihatan memandang tajam kearah laut. Die tidak menangis. Juga tidak ketawa. Anak matanya tepat memandang laut. Aku perasaan tapi aku biarkan. Dengan kuasa Tuhan tiba2 aku tidak perasan Tuah hilang dari genggaman aku. Die sudah pergi ke gigi pantai. Dan pada masa tu aku sudah tak boleh buat ape2. ombak perlahan2 membahamnya. Dan ia pergi dari penglihatan aku.. aku kelihatan sgt sedey tapi aku pasrah dengan ketentuan-Nya. Tuah semacam tahu ajalnya sudah tiba. Dan bila ajal telah menjemput, apa2 pun xboleh menghalangnya kerana Allah tidak akan melambatkan atau mempercepatkan ajal seseorang itu walaupun hanya sesaat... tapi aku tidak tahu kenape aku bermimpi mcm tu.. tak tau kalau2 ada maksud tersirat ataupun ia sekadar mainan tidur...... wassalam

3 ekor semut:

Misz_zana85 said...

Peliknya mimpi tuuuu…hurmmm~

dayah aziz said...

wah..mimpi apekah itu...
visit mine ok...
ok...

.::tAk AdE pErAsaaN::. said...

huhu..entah la labu..