foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 27, 2010

cerita 2

sambungan dari cerita 1


............. pada hari itu, die berjaya memasuki kediaman yang agak mewah. beliau memerhati setiap genap ruang dirumah tersebut bagi memastikan tiada sesiapa pun di dalamnya. setiap helai daun pintu diselak-selak. namun tiada sesiapa yang beliau temui. beliau bertambah yakin lalu menjalankan kegiatan nya seperti yang dilakukan dirumah-rumah sebelum ini. pertama sekali beliau mandi kemudian membasuh pakaian pemilik rumah itu. pakaian yang dibasuhnya itu kelihatan seperti pakaian dalam wanita. selepas itu beliau memasak untuk dirinya, menyiram pokok dan cuba bermain golf dirumah itu. nampaknya beliau mula sukakan permainan itu.

Akan tetapi... setiap gerak gerinya itu sebenarnya telah diperhatikan dari jauh oleh seorang wanita yang agak berusia darinya.wanita itu tidak juga kelihatan ketakutan mahupun terasa ingin menelefon polis sebaliknya hanya melihat dengan wajah yang sugul setiap tingkah laku tanpa disedari sedikit pun oleh lelaki itu. dari segi raut wajah wanita itu, beliau bagaikan menyimpan 1001 kesedihan di dalam diri beliau. ape sebenarnya terjadi kepadanya??

berbalik kepada cerita lelaki itu, selepas beliau puas melakukan segala kerje di dalam rumah tersebut, perkara terakhir yang beliau akan lakukan adalah menangkap beberapa keping gamba dirinya dengan persekitaran rumah tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. sedang die asyik leka meng'snap' gamba di penjuru dinding, kelihatan wanita itu memunculkan diri di sebelahnya tanda ingin turut bergambar. lelaki itu agak terkejut kerana beliau menyangka rumah tersebut tiada penghuni. tiada perbualan antara mereka sehinggalah......

kring!! kring!!..

bunyi telefon rumah berdering tetapi kedua2nya tidak mahu mengangkat. dihujung talian pula terdengar mesej suara lelaki yang agak tinggi nadanya lalu berkata...
" kenapa kamu xnak angkat!!!!? mari kita berbincang!!"............. tut..tut..tut.. (talian terputus)

keduanya2 berpandangan antara satu sama lain tanpa berlaku dialog antara mereka. keadaan sunyi sepi.. wanita itu menampakkan wajahnye yang amat sedih dan ketakutan selepas mendengar mesej suara itu tadi...

beliau hanya sekadar melihat air mata yang keluar dari kelopak mata wanita itu lalu beransur pergii dengan 1001 persoalan.............

bersambung lagi..




2 ekor semut:

Mr. Asada said...

hoOo.. best! best! lagi.. lagi... tgu eisod seterusnya.. heee :P

cam dpt agak, mesti laki tu nti jd pendamping pompuan tu. an? an? heee :P

Mrs H said...

eh mane bleh ckp lgi. haha.