foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 28, 2010

cerita 3

sambungan dari cerita 2


.......... beliau berlalu pergi meninggalkan wanita itu sendirian dengan wajah berlinangan air mata. beliau menunggang motosikalnya hingga sampai ke satu taman. beliau turun lalu melabuhkan punggungnya ke sebuah kerusi. disitu beliau mula memikirkan apa sebenarnya yang telah terjadi kepada wanita itu. lalu, beliau mengambil keputusan untuk kembali semula ke rumah tersebut. mulai dari situ, wanita itulah menjadi peneman hatinya yang kosong itu.

sperti biasa, beliau tetap meneruskan aktivitinya yang di gemarinya tetapi kali ini beliau sudah ada peneman yang mana tidak lagi beliau melakukannya seorang diri. wanita itu mengikut sahaja kemana beliau pergi. wanita itu juga sunyi mungkin. pada suatu malam, selepas beliau menghabiskan aktiviti malamnya, beliau dilihat pergi ke satu taman bersamanya wanita itu. beliau seterusnya meluru ke satu pokok dan mengikat bola golf dengan tali pada pokok tersebut. dengan berbekalkan sebatang kayu golf, beliau memukul bola golf itu berulang kali. pukulan pertama tidak sekuat pukulan kedua. akan tetapi apabila pukulan ketiga mengenai bola itu, bola itu terus terlucut dari ikatan talinya lalu melantun kuat dengan halaju maximum dan...................... PANGG!!! ( bola itu menembusi cermin kereta)

keadaan disana menjadi kelam kabut. orang ramai dilihat menggerumuni kereta itu. beliau melihat dari jauh apa sebenarnya telah terjadi. semakin dekat beliau menghampiri semakin berdebar hatinya. alangkah terkejut nya beliau apabila didalam kereta itu terdapat sepasang kekasih yang mana teman wanitanya mengalami pendarahan yang serius. di hadapan cermin kereta itu dilihat keretakan dan berlubang sebesar bola golf. beliau berlari menangis dan terus menangis seakan-akan menyesal akan perbuatannya.. wanita itu seperti biasa berada disisinya bagi mententeramkan jiwa dikala beliau dalam kesedihan......



bersambung lagi.. hehe

0 ekor semut: