pensyarah aku salu pesan:
" kita duk kat dunia ni semuanya telah ditetapkan takdir oleh Tuhan untuk hambaNya. setiap perkara yang berlakU tu mest ada asbab2 nye." kita jgn jadi manusia yang terpesong dgn mempercayai asbab2 lain selain asbabnye adalah kehendak Tuhan semata2.
penah dgr tak cite dulu ada hamba Allah ni. aku lupe nama die. nak dijadikan cerita beliau telah sakit perut yang amat. maka beliau memohon kepada Tuhan supaya sakit beliau boleh sembuh. maka Tuhan menyuruh beliau pergi ke satu pokok mengambil daunnya lalu memakan. nescaya sakit beliau akan sembuh. jadi beliau pun pergi la ke pokok tersebut lalu memakan daunnya. dgn tbe2 perut beliau beransur pulih. keesokannya, perut beliau sakit lagi. die pun pergi ke pokok yang sama lagi dengan harapan daun yang dikunyahnya dpt menyembuhkan sakitnye. tetapi alangkah peliknye beliau sakitnye itu tidak sembuh. kenapa terjadinya begitu? sebenarnya si hamba Allah td telah terpesong akidahnya dengan percaya bahawa pokok tersbut boleh menyembuhkan penyakitnye bukannya Tuhan yang telah menyembuhkannya.
nampak tak ape yang aku nk katakan. jgn percaya kepada benda2 yang tidak mempunyai kuasa apa2 pun sedangkan Tuhan lah yang memberikan kuasa dgn asbab/ medium daun td. daun tidak punya apa2 utk memberikan beliau kuasa penyembuh.
sama lah jugak sinonimnya dengan kehidupan seharian kita. kita tgk kejadian Bas Sani express yang telah mengorbankn 10 penumpang. kita duk asyik marah kat driver bas tu sbb die mengantuk lalu merempuh pembahagi jalan. itu ajal penumpang. siapa kita nak menyalahkan pemandu tersebut hanya kerana die mengantuk. itu la yang dikatakan takdir dengan asbabnya pemandu mengantuk. bukan hanya meletakkan kesalahan keats pemandu itu semata2.
begitu juga dengan kes pembunuhan sekeluarga di negeri sembilan. kalau di ikuti kata2 ibunya sendiri yang beliau tidak mempunyai masalah mental/ mengamalkan ajaran sesat. beliau bertindak di luar kawalan yang dikatakan ada suara menyuruhnya bunuh malah pada pagi sebelum kejadian beliau sempat menunaikan solat subuh. jgn kita percaya kepada sebarang spekulasi yang boleh memesongkan akidah kita. percaya saja itu takdir utk ahli keluarganya utk mati dalam keadaan begitu. begitu juga dgn kes bunuh tanpa sedar di Terengganu baru2 ni. situasi die sama bukan?
xlupa pada kes bayi yang dilahirkan besar xsilap aku 6.++kg kat KEdah kot. mak die ckp masa tgh mengandung die suka mengidam buah kedondong sehingga sehari boleh habis berkilo2. buah itu takde kuasa apa2. sama juga ubat2 cerdas yang dijual di pasaran sperti ubat adiputra. nak beli boleh. sebagai usaha kita utk menjadikan anak2 kita genius tpi pecaya bahawa ubat tersbut boleh memberikan kecerdasan minda adalah karut semata2. menjadi atau tidak kita kene percaya dgn kuasa Tuhan. kepada penjual ubat2an/ brg2 kosmetik/produk2 kesihatan. anda harus menjaga kata2 agar kita berada di jalan yang betol. jgn semata2 memikirkan keuntungan saja tanpa memikirkan akidah.
"SETIAP YANG BERLAKU ADALAH KEHENDAK DARI-NYA"
UPSR 2021
3 years ago
3 ekor semut:
gua dah masuk dalam kepala otak gua. thanks. jazakillah
bagus2..tazkirah yg amat membina...dpt mengingatkan diri kpd Nya~~
paraxixth: most welcome. delivery sesame kite.
nana: bagus2.hehe
Post a Comment