foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Monday, April 26, 2010

cerita 1

ceritanya bermula di tempat perumahan apabila terdapat seorang lelaki agak muda dan berpewatakan menarik kelihatan sibuk mengedarkan iklan-iklan kecil dengan menggantungkannya di tombol pintu hadapan rumah. lelaki tersebut kelihatan agak berada kerana beliau mepunyai sebuah moto berkuasa tinggi mungkin memudahkan nya bergerak ke sana ke mari untuk melaksakan tugas harian beliau. suatu pagi, sedang beliau sibuk mengedarkan iklan-iklan beliau, rupa rupanya, beliau telah tesalah parking motosikalnya di hadapan garaj di sebuah rumah yang mana pada ketika itu empunya rumah tersebut ingin mengeluarkan keretanya. maka................. "pon! pon!". isyarat itu menandakan motosikalnya itu telah menghalang kereta untuk keluar dari garaj tersebut. beliau dengan berlari mendapatkan motosikal untuk mengalihkannya lalu beliau berlalu pergi..


keesokan harinya beliau datang semula ke rumah-rumah yang beliau telah tinggalkan iklan tersebut. beliau memerhatikan setiap satu rumah yang masih lagi mempunyai iklan yang telah beliau gantungkan semalam. pelik bukan beliau? sebenarnya, jika difikirkan secara logik akal, mana2 rumah yang masih lagi tidak membuang iklan tersebut bermakna penghuni rumah tersebut tiada disitu. selepas itu, beliau akan memecah masuk rumah yang tidak berpenghuni. tetapi yang menghairankan, beliau cuma masuk ke rumah tersebut untuk tidur, mandi, memasak, membasuh dan juga membaiki peralatan2 yang telah rosak yang terdapat dirumah itu dan selepas itu beliau akan meninggalkan rumah tersebut dengan mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera digitalnya tanpa mengambil apa2 barang berharga. sangat pelik bukan.. begitu lah kehidupan beliau sehari2.. menggantung iklan, memecah masuk dan meninggalkannya.. kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena akan perbuatannya itu..

hari berganti hari.. beliau tetap juga meneruskan aktiviti kebiasaanya tetapi sedikit berlainan situasinya pada hari itu..............

bersambung.....

3 ekor semut:

si karut said...

wah.. macam tragik je.. nak sambungan! nak sambungan!!

Mr. Asada said...

aku nak baca hbs cerita ni!! bila nk kuar???

farhan asyraf said...

mental agaknye.