foll0werzz..

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 30, 2010

cerita 4

sambungan dari cerita 3


......... keesokan harinya beliau terus menggantungkan iklan2 bersama wanita itu dan akan dtg kembali tidak lama kemudian. setelah menyedari iklan yang digantung itu tidak sedikit pun diusik, beliau seterusnya menyusup masuk ke dalam rumah itu. telebih dahulu beliau menguak setiap pintu bg memastikan tiada sesiapa pun didalamnya. setelah membuka pintu kedua, beliau merasa sgt terkejut kerana didalamnya terdapat sekujur tubuh kepalanya dipenuhi darah. disisi si mati juga terdapat seekor anjing. beliau mengambil keputusan untuk mengebumikan mayat tersebut dengan helaian kain, dimasukkan didalam keranda dan ditanam dibelakang rumahnya. manakala wanita itu dilihat sedang membersihkan tompokan darah yang ada di bilik tersebut. sedang beliau mencuci, telefon rumah mula berbunyi. namun tiada siapa berani untuk mengangkat. dihujung talian pula kedengaran mesej suara lelaki memanggil2 ayahnya dalam keadaan resah. nescaya, panggilan tersebut adalah dari anak lelaki si mati.

selang beberapa jam kemudian mungkin. aku agak2 saja. kedengaran pula pintu diketuk2. beliau membuka pintu dan lalu seorang lelaki dan isterinya menyerbu masuk bertanya ttg ayahnya. beliau dan wanita itu hanya diam saja. lelaki itu kelihatan agak bengang lalu menelefon polis. beberapa minit kemudian polis datang dan menangkap mereka. mereka di bawa ke balai untuk menjalankan siasatan. beliau mengaku telah menanam mayat dibelakang rumah itu. pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menggali semula lalu menjumpai mayat yang dibungkus rapi. beliau ditahan reman sementara polis menjalankan siasatan. beliau bernasib malang kerana terpaksa meringkuk dalam penjara manakala si wanita dibebaskan atas jaminan suaminya..

beliau ditempatkan didalam penjara bersama beberapa lagi banduan di dalamnya. beliau dilihat menjadi sedikit psiko kerana selalu dilihat bermain dengan halusinasinya... beliau bermain golf didalam penjara tetapi bukan golf real. hanya menggunakan halusinasinya saja. tidak lama selepas itu, beliau dan banduan lain bergaduh dan menimbulkan kekacauan di penjara. akibat dari itu, beliau di tempat kan di penjara lain seorang diri...

sangat kasihan melihat dirinya. tiada sesiapa datang menjenguk. tidak lama lepas itu baru ku tau yang beliau sebenarnya homeless. tiada keluarga, tiada kawan. hanya wanita itu saja penyeri hatinya itupun sudah bersuami...

semakin hari beliau didalam penjara beliau semakin psiko... akan tetapi dari situ lah beliau telah mempelajari ilmu yang sangat mengagumkan.. aku pun tabik spring ngn beliau..

ilmu apekah?

mcm biasa..bersambung..........


4 ekor semut:

farhan asyraf said...

alaaa...knpa x cerita terus ja?? ishh :(

Mrs H said...

haha xlrt nk tulis bejela2.

Mr. Asada said...

ala.. nape dia x gtau terus terang ngn polis.. lagi satu.. kalau dia gtau awal2 ada kes bunuh tu, kan lagi bagus...

best! nak lagi!!

ri tu ko dah gtau tajuk citer ni, tp aku dah lupa. apa ea nama dia?

Mrs H said...

asada: xtau2 cite pe. lupe dah